Tanda-Tanda Lelaki Tak Suka Pada Perempuan



Good day awek-awek bajet cute dan jejaka macho sekalian, dengan murahnya hati aku harini ada lah sikit buah tangan nak berkongsi dengan awek-awek yang selalu menangis kat luar sana. Sebab-sebab kenapa cinta tak bertahan lama dan dipermainkan. Sebenarnya banyak cara kalau nak tengok lelaki tu betul-betul minat dengan korang ataupun tak. Oleh hal yang tersebut, kat sini Abang Handsome AwekLari  nak kongsi sikit 'body langguage' dari jejaka-jejaka terhangat seluruh Malaya. So, lepas ni korang tak kan di permainkan lagi dan susah untuk dipermainkan oleh lelaki yang sebenarnya tak minat pun kat korang, korang je lebih-lebih, well, perempuan memang macam tu tergedik je lebih, tapi comel. Suka lettew.


1. Dia bersandar jauh daripada anda, baik dalam posisi duduk atau berdiri

2. Dia gelisah sambil menggoyangkan badan, goncang kaki atau mengetuk jari

3. Dia mundur apabila korang dekat dekat dengan dia

4. Dia menjaga tapak tangan berada di bawah ketika berckp dengan anda, dan menghala ke     tubuh bukan kepada anda

5. Kaki nya menunjukkan arah berlawanan dengan kaki anda

6. Otot-otot nampak tegang atau kaku, tidak santai

7. Dia mengelak merenung mata anda dengan melihat seseorang atau benda lain.

8. Dia tidak melihat anda secara lurus, tetapi daripada belah tepi

9. Dia menyilang tangan letak pada badan

10. Jika senyum, mulut tetap tutup rapat



11. Tidak banyak bercakap, selalu membuat perkara lain seperti melihat telefon dan tidak endah kepada anda


So para gadis-gadis sekalian, janganlah korang buang masa dengan lelaki macam ni, jangan nak perasan gedik sangat dia nak minta nombor telefon korang jauh lagi skype atau pun YM korang. Kalau nak diikutkan malu, memang ada lelaki pemalu, tapi bukan macam ni. Tengok je bahasa badan, kalau semua di atas tiada langsung, mintak terus nombor telefon lelaki tu, kalau tak bagi juga korang mintak telefon dia buat miss call kat phone korang. Get it? Sometime you must fight to have the worth. Kalau tak dapat juga, korang menangis je kuat-kuat macam nak pengsan. Selamat Mencuba. Kalau suka bagitau kawan-kawan, kalau tak suka ada aku kisah?



Tips terakhir, kalau anda menpunyai ketinggian 5'4" ukuran badan 36C, 28, 36 walaupun TAK CUN dan mamat tu masih menunjukkan tanda-tanda di atas. Baik lupakan saja lelaki macam tu. Sebab, sama ada lelaki tu 

1. GAY

atau

2. Kaum Nyah.


Haha.

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk



Siapa kata lelaki takda perasaan, lagi-lagi lelaki zaman milenium serba canggih ni yang menguji ketahanan jiwa seseorang lelaki tuh. Dah tentu-tentu diorang tension dengan cara hidup yang kian meningkat naik, pastu nak tanggung keluarga bagai. So ni cara-cara kalau korang nak tahu kadang-kadang lelaki ni merajuk dengan korang. Macam mana kelakuannya? baca la sampai habis yea?

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang anda dengan dia. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Cara yang terbaik untuk memujuk dia pada ketika ini ialah buat lawak banyak-banyak ataupun masukkan tangan anda ke dalam mulut dia dan mula mencari emas. Semoga berjaya.


Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan anda. Jika anda meminta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat anda geram tapi buat seolah-olah anda ni tak wujud. Untuk menangani masalah macam ni buat seolah-olah anda juga tidak wujud, mula mengacau dia seperti hantu kalau anda tidak makan kaki anda juga dapat merasai tangannya melekat di pipi.


Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" walaupun perut memang lapar tersangat dah pun diorang akan menolak untuk makan bersama anda wahai si gadis perasan comel, so langkah yang terbaik ialah makan di hadapanya sambil membuat gaya yang lapar gila. Semestinya anda dapat merasai makanan tambahan.




Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling anda geram. Dah lah tak nak cakap dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)


Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta. Cara paling terbaik ialah memberikan lebih banyak surat khabar lama kepadanya mungkin tak pernah membaca ataupun baru belajar membaca.


Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. So awek-awek kat luar sana kena peka, kalau boleh duduk lah sebelah dia sambil melayan cerita ultraman tu walaupun korang dah tengok pagi tadi.




Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Well normally lelaki kalau merajuk, memang tak akan cakap langsung, kalau dia keluar pun memang korang jangan nak harap lah dia nak bagitau, kalau cakap pun mesti menipu. Ni lah protes lelaki yang perempuan takut sekali. Better korang pun siap-siap nak keluar mana tahu dia nak bawak korang makan angin ke. Kalau boleh kurang kan bertanya ke mana hala tuju dia kerana mungkin anda terasa seperti tunggul sedang memandu. Buat video dan mula berinteraksi dengan pemandu tunggul dan upload ke youtube dengan tajuk " Keajaiban Tunggul Kayu Memandu "


Matikan Telefon Bimbit
No offense, lelaki memang tak suka diganggu bila perasaan tengah marah. 
Untuk mengelakkan anda mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer! kan lelaki semua sweet




Hisap rokok 
Bagi peghisap rokok bajet macho macam aku ni. Aku akan isap rokok macam tak pernah jumpa rokok setahun. Memang kalah orang bakar lemang. So cara yang terbaik ialah memberikan mereka sekotak or dua kotak lagi tanpa banyak bertanya.


Sampai sini sajalah entry aku kali ni. Kalau ada korang tahu apa patut diletak kat situ bagi tahu lah.

Sebab kenapa lelaki membujang





Hello horny girl dan gay boy sekalian. Pada hari yang indah lagi mulia ni. Aku yang memang bermurah hati nak kongsi sedikit tips untuk lelaki yang AwekLari macam aku. So awek-awek gedik kat luar sana sila ambil perhatian


Tiada nafsu dengan perempuan


Well korang pun tahu kan kita semua diciptakan untuk berpasangan. So, macam mana nak kahwin kalau tiada nafsu tengok perempuan. Kebanyakkan awek comel di Malaysia adalah mengiurkan dan menyedapkan tapi kenapa masih tiada nafsu ? Buka seluar tanya sendiri. Bagi yang betul-betul patah hati hancur seribu hati tu memang bukan masalah dalam seluar. Tapi,memang masalah dia dengan hati, hati tu tak berhati perut nak mengawan dah dengan awek lain. So benda macam ni makan masa. Harap abang-abang handsome kat luar sana terus bersabar dan bertahan. 


Pengalaman pahit dalam bercinta.




Masa bercinta semua nya manis. Kentut pun wangi kan. Tapi bila dah ditinggalkan, memang menangis la you all sentap kan, yang manis terus jadi pahit. Semua tu datang secara automatik, dan bila dah kecewa teruk macam gagal SPM tu wujud lah satu perasaan kan dalam hati ni untuk membenci golongan awek gedik seterusnya tidak mempercayai perempuan lagi sebabnya? terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berumah tangga. Well lelaki macam ni memang macam aku, no offense terlalu setia pun susah jugak. Nasib aku kuat. Terima kasih kat mak sebab selalu bagi makan biskut tiger biskuat tu pagi-pagi. Harap-harap mak baca.


Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti


Well, korang ingat lepas kahwin nanti semua manis-manis je? Well then, korang silap banyak. Lautan mana tak berombak kan adik perasan comel. Fikir dulu masak-masak, kalau bercinta pun dah masam-masam-manis macam coklat nano-nano tu aku pun tak pasti kenapa korang kahwin. Tapi cakap pasal dugaan lepas kahwin semuanya atas ketentuan Allah s.w.t . Aku kadang-kadang bimbang juga kalau-kalau tak dapat nak membahagiakan isteri, lepas tu dia mintak cerai, susah nak bayangkan keadaan macam tu dan aku takut kalau dapat anak perempuan cacat suka buat mulut itik,tangkap gambar upload ke facebook. Moga dijauhkan amin. Orang yang berfikir jauh macam aku ni semestinya takut nak mulakan satu hubungan yang serious sampai tahap perkahwinan kalau diri sendiri belum betul-betul bersedia, mana tak nya nanti kenduri nak kena buat banyak kali, duit hantaran lagi, lain lah kalau kahwin lari. Stamina aku tak kuat. Jangan ajak aku kahwin lari. So, abang-abang handsome dan bergaya kat luar fikir masak-masak tapi kalau masak jangan sampai hangit nanti melepas satu hal pulak nak mencari lain.

Meragui kemampuan seksualiti sendiri


Cakap pasal kahwin ni semua nya batas terhalang, untuk kenikmatan berkahwin tu sendiri. Ramai yang membujang juga meragui tahap seksualiti sendiri, aku malas nak olah pasal benda ni sebab masing-masing dah faham. Kalau tak faham sila bertanya dan anda akan di layan sebentar selepas anda mengambil no giliran.


Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri




Lelaki memang macam-macam kan. Untung aku lelaki, sesetengah lelaki lebih seronok kalau hidup sorang-sorang. Enjoy life, tak ada siapa nak halang balik rumah lambat-lambat dan tak marah pula kalau masak tak sedap sebab tak da isteri lagi. So, sampai bila mampu bertahan. Lambat laun kahwin juga.


Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan


Well, tidak dapat dinafikan manusia sekarang tak ada pelajaran atau pekerjaan memang tak boleh hidup la kat Malaysia ni. Semua tu penting tapi pandai-pandai lah bahagikan masa, berkahwin tu kan juga masa depan.


Ekonomi dan belanjawan




Kat sini memang terbatas sangat. Walaupun dah ada yang berpunya dan tergedik-gedik nak kahwin pun tak dapat lagi pasalnya duit tak cukup ataupun budget untuk berkahwin tu sendiri. 
Kalau dah bulan-bulan pun belanja cukup makan je macam mana nak kahwin kan. Buatlah perancangan yang sesuai sebab kalau-kalau dah berhutang sana sini memang susah nanti kalau tak pandai jaga kewangan, fikirlah seeloknya ye.




Jadi, tamat lah penceritaan pasal kenapa lelaki bujang sampai sekarang. Fikir-fikirkanlah, tak semua lelaki sengaja nak membujang kan. Awek-awek kat luar sana kalau sayang sila lah faham keadaan aku ni. 




Ismail bukan nelayan.

Hai. Namaku Ismail. Aku adalah anak Malaysia.
Hari ini aku ingin menceritakan mengenai salasilah hidup aku dari aku kecil sehinggalah kini, aku berumur 24 tahun.

Aku dilahirkan tanggal hari Selasa pada pukul 6.30 petang. Mak kata aku adalah seorang bayi yang menangis sangat lah kuat apabila mendengar azan daripada ayah aku. Entahlah mengapa. Dia tak pandai azan kot. Sejak aku kecik, aku sudah duduk disebuah rumah papan yang agak usang. Ayahku seorang penjual kacang dan ibuku pula seorang penjual kuih. Ibuku dari kecik menyuruh aku menyimpan cita-cita menjadi seorang doktor atau engineer. Aku pun tidak faham mengapa. Nampak tak seronok.

Aku masuk bersekolah rendah di kampung. Aku kenal dengan ramai kawan. Antara kawan-kawan yang aku kenal ialah Abu, Ah Meng, Raju dan yang paling aku suka ialah Wani. Pada aku, Wani seorang yang sangat baik. Dengan tudung putih dan mata yang besar, Wani menjadi teman rapat aku. Dia sungguh cantik. Lagi cantik dari bidadari. Ada juga budak-budak lain yang menggosipkan kami berdua tapi aku buat-buat tak dengar. Aku cakap dengan Wani aku nak jadi Doktor,Wani pula nak jadi Pensyarah. Aku tipu. Tapi aku rasa dia tak tahu.

Keluar keputusan UPSR, Wani dapat semua A, aku pulak satu A pun tak ada. Sedih juga bila aku tengok Wani dapat ke sekolah asrama dan aku pula stay di sekolah lama. Nak buat macam mana, aku dapat F untuk Sains dan Matematik. Aku tak paham satu apa benda yang cikgu aku ajar. Bila aku mintak bapak aku belikan buku English, bapak aku kata itu semua bahasa penjajah. "Kita mesti sayang bahasa kita!" kata bapak aku. Betapa sayangnya dia kat Bahasa Ibunda. Aku bangga dengan beliau.



Aku pun masuk lah ke sebuah sekolah menengah harian. Semasa tingkatan satu, aku masih lagi baik tapi masuk ke tingkatan dua aku mula buat perangai. Aku mula belajar hisap rokok dan ponteng sekolah. Lompat pagar, pukul guru. Mak aku bising-bising,bapak aku marah-marah. Diaorang fikir aku kisah?

Satu hari, aku dimarahi cikgu kerana selalu ponteng sekolah dan lompat pagar. Cikgu tu pun telah merotan aku 2 kali di punggung. Tak sakit pun. Balik rumah aku menceritakan hal itu kepada mak dan abah aku. Esoknya bapak datang ke sekolah dan memaki hamun cikgu disiplin sekolah aku. Habis bersembur air liur bapak waktu itu. Puas hati aku tengok cikgu tu kena marah. Semenjak kejadian hari tu, takde lagi cikgu yang berani sound aku. Mak bapak aku pun dah tak marah aku lagi. Aman hidup aku. Aku bangga dengan mak bapak aku. Mereka pun tentu bangga dengan aku.

Bila aku form 4,member baik aku ajak aku pegi dekat tepi pantai satu malam. Aku tanya apsal. Dia kata kau join je. Aku pun ikut je la. Sampai je kat sana ada la beberapa orang lagi budak-budak kampung yang duduk keliling tengok satu tempat. Rupa-rupanya ada seorang kawan aku ni tengah practical biologi dengan awek dia kat situ. Kitorang pun tengok je la. Awek tu siap sengih-sengih lagi. Dia bangga kot. Bila kawan aku dah settle dan dah puas kerjakan awek dia, dia kata siapa yang nak try, boleh try. Aku tengok awek tu terkejut je dengar boyfriend dia cakap macam tu. Tapi sebab dah ramai, dia jadi takut. Kami cepat-cepat pegang dia dan tutup mulut dia. Aku takut nak try tapi atas galakan member aku, aku pun try la. Kawan aku memang supportive. Aku bangga dengan mereka. Malam itu hilanglah status aku sebagai seorang teruna.


Waktu cuti sekolah tingkatan 5,aku terjumpa Wani waktu tengah melepak tepi pasar malam. Dia cuti waktu itu. Lama aku tak berjumpa dia membuatkan aku rasa sangat gembira melihat dia. Dia tanya aku SPM macam mana nanti? Aku jawab okay je. Tak dapat aku berborak lama sebab lumba motor malam tu nak start dan aku kena gerak. Aku pun pecut motor tinggalkan Wani sambil rasa sayu sikit hati ini. Dia semakin comel.




Result SPM pun keluar. Aku da tahu aku mesti kantoi punya .Dah la ambik Sastera je. Alaa.. aku bukan peduli sangat pun. Balik rumah, aku tunjuk result kat mak dan bapak aku, diorang marah aku. Lepas tu mak salahkan bapak sebab tak pandai didik anak. Bapak pulak marahkan mak sebab manjakan aku sangat. Aku lari cepat-cepat masuk bilik, malas aku nak layan diorang bergaduh. Makin kerap diorang bergaduh sekarang ni.Orang cakap marah tu tanda sayang. Tapi macam tak pun.

Waktu cuti ni aku habiskan dengan berlumba motor. Aku takde motor jadi aku jadi joki je la. Okay la, satu malam aku racing, kalau ada rezeki menang dapat la Rm200. Kadang-kadang dapat la jugak minah-minah kampung yang memilih jalan hitam dalam kehidupan diorang. Tapi itu sentiasa membuat jalan aku sentiasa cerah. Hidup aku waktu tu memang macam raja. Aku dengan geng-geng aku dah start belajar pecah masuk rumah. Dapat barang kitorang jual dekat kedai kat pekan. Tauke kedai tu tak pernah pun tanya mana kitroang dapat. Dia pun macam tu kot masa muda-muda dulu.

Satu malam aku balik rumah, aku tengok Mak tengah duduk atas kerusi. Tangan dia tengah pegang handphone. Tiba-tiba bapak aku keluar dan herdik mak aku. "SMS lagi,SMS lagi!Buang duit aje! Dah banyak kali saya bagitau kita kena simpan duit. Kita bukan orang kaya!" Mak aku menjawab balik, "Dah saya minat,abang bukan paham. Saya tak nak dia terkeluar!"

Bapak aku jadi hangin."Awak SMS lagi, saya ceraikan awak!" Mak aku tenung bapak aku sambil tekan butang henfon."Dah send dah” Bapak aku jadi hangin dia rampas handphone tu dan baling ke luar. Pecah tingkap rumah aku. Balingan bapak aku memeng sentiasa tepat. Then, bapak aku terus lari keluar rumah dan hilang macam tu je. Dia tak balik-balik lagi dah lepas tu kot.

Beberapa bulan selepas itu, mungkin kerana berkat ketabahan mak mengundi, artis yang mak suka tu menang. Pada mak, berbaloi. Dia selalu kata "Dakde laki pun dia boleh hidup."

Aku bosan duduk di rumah. Aku pergi kedai mamak beli paper. Aku tak tahu nak beli paper mana satu. Semuanya tak telus. Ya. Setahu aku semua tak telus. Tetapi tak tahu la kenapa hanya beberapa paper sahaja dikatakan tak telus dan menyokong sebelah pihak. Pengaruh politik. Its funny bak kata Fahim


Aku ambil paper yang bewarna biru dan aku buka. Aku bangga. Wajah kawan-kawan aku terpapar dibeberapa muka surat. Semakin terkenal mereka. Mungkin aku akan merapatkan diri dengan mereka setelah mereka keluar dari penjara. Itu pun kalau mereka dan aku masih hidup lagi.

Banyak berita-berita di paper tersebut membuatkan aku mula memikirkan mengenai masa depan aku. Takkan aku nak jadi mat rempit sampai mati. Tak ‘remaja’ lah macam tu.

Aku ingin menjadi polis sahaja. Tetapi mak aku melarang. Dia cakap semua polis jahat. Dia cakap polis suka pukul orang. Mungkin dia merujuk kepada berita pasal polis memukul peragut sampai koma ketika peragut itu sedang cuba meragut nenek tua. Aku tak nak dituduh sebagai orang jahat walaupun aku jahat. So aku tak jadi nak apply polis.

Pelajaran takde, skills takde, ilmu takde. Apa yang aku ada? Entahlah. Jadi aku pun nekad nak ke KL. Mak aku kata okay, cuma jangan buat tak senonoh. Macam tau-tau je aku nak buat. Aku pun berangkat lah ke KL dengan harapan yang setinggi gunung. Aku melangkah ke kota yang dipenuhi dengan tipu daya itu. Aku tak ada ilmu dan kepakaran jadi hanya satu aje benda yang aku boleh buat. Aku akan hadiri uji bakat realiti TV dimana tau aku aku akan berjaya.



Aku pun datang ke uji bakat. Rezeki aku kot aku layak. Mak sangat-sangat gembira dengar berita tu. Aku pun berubah la sikit-sikit. Berubah tu tanda kita dah semakin dewasa. Semenjak hari tu aku makin berubah dan dah start belajar pakai facial cleanser serta menjaga sikit penampilan aku. Duduk di rumah tu dengan pelajar-pelajar lain membuatkan aku jadi sosial. Aku bebas bercampur gaul lelaki perempuan. Macamlah mereka semua dara dan teruna lagi. Kalau ada pun, mesti segan nak mengaku.


Sejak di situ, aku mula belajar ke disko. Mungkin kerana khayalan dunia ni, aku mula belajar-belajar minum arak. Sedap. Korang tak patut cuba. Sebut aje apa yang aku tak pernah try, baccardi, JD, scotch, whiskey, samsu dan sebagainya. Semua dah sebati ngan darah kat kapilari darah aku. Tu belum kira pil-pil yang menjadi rutin aku. Estacy, love drug (LOL), Ice dan macam-macam lagi.

Bila semi final pertandingan, aku dapat masuk final. Mak kata dia habiskan semua duit jual kuih dia untuk undi aku. Aku terharu. Aku sentiasa bangga dengan mak aku. Hari final, bila pengacara umukan pemenangnya ialah aku, aku happy gila. Aku menang, aku menang! Wahahahah.Gembira betul aku. Mak aku peluk cium aku sambil kata "Akhirnya impian mak selama ni tercapai jugak! Tak sia-sia usaha mak."
Berkat mak aku mengundi dan menghabiskan duit simpanannya untuk aku, mungkin.

Pelajar-pelajar lain meraung menagis bersama keluarga dan saudara mereka kerana mereka tak menang. Aku tak tahu lah kenapa. Tak kurang juga yang kata nak bunuh diri.




Aku dapat kereta, duit dan macam-macam lagi. Awek jangan cerita lah. Aku belikan rumah baru untuk mak,sebuah rumah banglo dekat kawasan bukit yang cantik. Mahal tu. Tapi tak pe, duit aku banyak. Aku belikan kereta lagi sebijik dan plan nak ambik seorang driver untuk bawak mak aku jalan-jalan. Tiba-tiba, datanglah seorang pakcik ni nak apply jadi driver. Bila aku tengok betul-betul barulah aku perasan, itu sebenarnya bapak aku. Mak dengan bapak aku pun berbaik-baik balik dan kitorang pun tinggal la dekat banglo tu.

Kini,aku hanya memerlukan seorang lagi untuk memenuhkan hidup aku.Wani,gadis pertama dan terakhir yang aku cintai. Okay mungkin bukan yang terakhir.

Wani,jika kau membaca nukilan ini, ketahuilah bahawa cinta aku kepada kau dari dulu tak pernah pudar. Walaupun aku pernah tergelincir tetapi dalam ingatan aku hanya ada kau sorang je Wani. Kaulah satu-satunya cinta hidup aku. Aku sudah bergelar jutawan sekarang jadi kau tidak perlu bekerja lagi sebagai Pensyarah. Itu hanya membuang masa. Marilah kita sama-sama membina mahligai bahagia. Segala kemahuan kau akan aku penuhi.


Liku-liku dan perjalanan hidup aku membuktikan, menara gading itu tidak ada gunanya dalam hidup. Rezeki itu ada di mana-mana. Inilah jalan terbaik yang patut dipilih semua anak-anak Malaysia zaman sekarang. Pilihlah jalan aku. Jadikan aku teladan. Orang Melayu kena ubah minda, jadi doktor dan engineer bukan lagi jaminan masa depan untuk masa sekarag. Tu semua bullsh*t. Ni Malaysia. Malaysia berbeza.

Aku sudah jutawan. Nasib baik aku tak ikut nasihat mak bapak dan guru-guru aku supaya belajar elok-elok.

Kenapa? Kerana aku anak Malaysia. Di Malaysia, semuanya berbeza.