Tanda-Tanda Lelaki Merajuk



Siapa kata lelaki takda perasaan, lagi-lagi lelaki zaman milenium serba canggih ni yang menguji ketahanan jiwa seseorang lelaki tuh. Dah tentu-tentu diorang tension dengan cara hidup yang kian meningkat naik, pastu nak tanggung keluarga bagai. So ni cara-cara kalau korang nak tahu kadang-kadang lelaki ni merajuk dengan korang. Macam mana kelakuannya? baca la sampai habis yea?

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang anda dengan dia. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Cara yang terbaik untuk memujuk dia pada ketika ini ialah buat lawak banyak-banyak ataupun masukkan tangan anda ke dalam mulut dia dan mula mencari emas. Semoga berjaya.


Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan anda. Jika anda meminta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat anda geram tapi buat seolah-olah anda ni tak wujud. Untuk menangani masalah macam ni buat seolah-olah anda juga tidak wujud, mula mengacau dia seperti hantu kalau anda tidak makan kaki anda juga dapat merasai tangannya melekat di pipi.


Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" walaupun perut memang lapar tersangat dah pun diorang akan menolak untuk makan bersama anda wahai si gadis perasan comel, so langkah yang terbaik ialah makan di hadapanya sambil membuat gaya yang lapar gila. Semestinya anda dapat merasai makanan tambahan.




Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling anda geram. Dah lah tak nak cakap dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)


Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta. Cara paling terbaik ialah memberikan lebih banyak surat khabar lama kepadanya mungkin tak pernah membaca ataupun baru belajar membaca.


Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. So awek-awek kat luar sana kena peka, kalau boleh duduk lah sebelah dia sambil melayan cerita ultraman tu walaupun korang dah tengok pagi tadi.




Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Well normally lelaki kalau merajuk, memang tak akan cakap langsung, kalau dia keluar pun memang korang jangan nak harap lah dia nak bagitau, kalau cakap pun mesti menipu. Ni lah protes lelaki yang perempuan takut sekali. Better korang pun siap-siap nak keluar mana tahu dia nak bawak korang makan angin ke. Kalau boleh kurang kan bertanya ke mana hala tuju dia kerana mungkin anda terasa seperti tunggul sedang memandu. Buat video dan mula berinteraksi dengan pemandu tunggul dan upload ke youtube dengan tajuk " Keajaiban Tunggul Kayu Memandu "


Matikan Telefon Bimbit
No offense, lelaki memang tak suka diganggu bila perasaan tengah marah. 
Untuk mengelakkan anda mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer! kan lelaki semua sweet




Hisap rokok 
Bagi peghisap rokok bajet macho macam aku ni. Aku akan isap rokok macam tak pernah jumpa rokok setahun. Memang kalah orang bakar lemang. So cara yang terbaik ialah memberikan mereka sekotak or dua kotak lagi tanpa banyak bertanya.


Sampai sini sajalah entry aku kali ni. Kalau ada korang tahu apa patut diletak kat situ bagi tahu lah.

0 comments:

Post a Comment