Sebab kenapa lelaki membujang





Hello horny girl dan gay boy sekalian. Pada hari yang indah lagi mulia ni. Aku yang memang bermurah hati nak kongsi sedikit tips untuk lelaki yang AwekLari macam aku. So awek-awek gedik kat luar sana sila ambil perhatian


Tiada nafsu dengan perempuan


Well korang pun tahu kan kita semua diciptakan untuk berpasangan. So, macam mana nak kahwin kalau tiada nafsu tengok perempuan. Kebanyakkan awek comel di Malaysia adalah mengiurkan dan menyedapkan tapi kenapa masih tiada nafsu ? Buka seluar tanya sendiri. Bagi yang betul-betul patah hati hancur seribu hati tu memang bukan masalah dalam seluar. Tapi,memang masalah dia dengan hati, hati tu tak berhati perut nak mengawan dah dengan awek lain. So benda macam ni makan masa. Harap abang-abang handsome kat luar sana terus bersabar dan bertahan. 


Pengalaman pahit dalam bercinta.




Masa bercinta semua nya manis. Kentut pun wangi kan. Tapi bila dah ditinggalkan, memang menangis la you all sentap kan, yang manis terus jadi pahit. Semua tu datang secara automatik, dan bila dah kecewa teruk macam gagal SPM tu wujud lah satu perasaan kan dalam hati ni untuk membenci golongan awek gedik seterusnya tidak mempercayai perempuan lagi sebabnya? terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berumah tangga. Well lelaki macam ni memang macam aku, no offense terlalu setia pun susah jugak. Nasib aku kuat. Terima kasih kat mak sebab selalu bagi makan biskut tiger biskuat tu pagi-pagi. Harap-harap mak baca.


Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti


Well, korang ingat lepas kahwin nanti semua manis-manis je? Well then, korang silap banyak. Lautan mana tak berombak kan adik perasan comel. Fikir dulu masak-masak, kalau bercinta pun dah masam-masam-manis macam coklat nano-nano tu aku pun tak pasti kenapa korang kahwin. Tapi cakap pasal dugaan lepas kahwin semuanya atas ketentuan Allah s.w.t . Aku kadang-kadang bimbang juga kalau-kalau tak dapat nak membahagiakan isteri, lepas tu dia mintak cerai, susah nak bayangkan keadaan macam tu dan aku takut kalau dapat anak perempuan cacat suka buat mulut itik,tangkap gambar upload ke facebook. Moga dijauhkan amin. Orang yang berfikir jauh macam aku ni semestinya takut nak mulakan satu hubungan yang serious sampai tahap perkahwinan kalau diri sendiri belum betul-betul bersedia, mana tak nya nanti kenduri nak kena buat banyak kali, duit hantaran lagi, lain lah kalau kahwin lari. Stamina aku tak kuat. Jangan ajak aku kahwin lari. So, abang-abang handsome dan bergaya kat luar fikir masak-masak tapi kalau masak jangan sampai hangit nanti melepas satu hal pulak nak mencari lain.

Meragui kemampuan seksualiti sendiri


Cakap pasal kahwin ni semua nya batas terhalang, untuk kenikmatan berkahwin tu sendiri. Ramai yang membujang juga meragui tahap seksualiti sendiri, aku malas nak olah pasal benda ni sebab masing-masing dah faham. Kalau tak faham sila bertanya dan anda akan di layan sebentar selepas anda mengambil no giliran.


Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri




Lelaki memang macam-macam kan. Untung aku lelaki, sesetengah lelaki lebih seronok kalau hidup sorang-sorang. Enjoy life, tak ada siapa nak halang balik rumah lambat-lambat dan tak marah pula kalau masak tak sedap sebab tak da isteri lagi. So, sampai bila mampu bertahan. Lambat laun kahwin juga.


Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan


Well, tidak dapat dinafikan manusia sekarang tak ada pelajaran atau pekerjaan memang tak boleh hidup la kat Malaysia ni. Semua tu penting tapi pandai-pandai lah bahagikan masa, berkahwin tu kan juga masa depan.


Ekonomi dan belanjawan




Kat sini memang terbatas sangat. Walaupun dah ada yang berpunya dan tergedik-gedik nak kahwin pun tak dapat lagi pasalnya duit tak cukup ataupun budget untuk berkahwin tu sendiri. 
Kalau dah bulan-bulan pun belanja cukup makan je macam mana nak kahwin kan. Buatlah perancangan yang sesuai sebab kalau-kalau dah berhutang sana sini memang susah nanti kalau tak pandai jaga kewangan, fikirlah seeloknya ye.




Jadi, tamat lah penceritaan pasal kenapa lelaki bujang sampai sekarang. Fikir-fikirkanlah, tak semua lelaki sengaja nak membujang kan. Awek-awek kat luar sana kalau sayang sila lah faham keadaan aku ni. 




0 comments:

Post a Comment